Jumat, 20 November 2009

HUBUNGAN KE2 NEGARA

Indonesia - Malaysia, TTM, Tetangga Tetap Mesra



Lawatan dua hari Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono ke Malaysia memberi isyarat positif dalam hubungan dua arah serta hubungan antara rakyat kedua negara. SBY berkata, beliau memilih negara ini untuk melakukan lawatan pertama selepas kembali dipilih sebagai Presiden karena Malaysia sahabat dan tetangga terdekat serta rekan kongsi yang kuat untuk kemajuan kedua bangsa.

Pemimpin kedua negara juga berikrar tidak akan membiarkan isu-isu remeh yang dibangkitkan sesetengah pihak menggugat hubungan tetapi akan terus berusaha mengukuhkan hubungan erat dua arah yang telah terjalin mesra. Indonesia ingin bersama-sama Malaysia membuktikan kepada dunia bahawa agama Islam adalah seiring dengan demokrasi moderen.

Proses integrasi ekonomi antara kedua negara diperkasakan lagi bukan saja dalam bidang dagangan dua arah malah juga dalam aspek pelancongan, keselamatan makanan, tenaga, industri halal serta keuangan dan perbankan Islam. Indonesia juga akui pelayanan yang diberikan kepada tenaga kerjanya di Malaysia bertambah baik dan mengucapkan terima kasih kepada Malaysia.

Indonesia berpuas hati dengan pelbagai langkah perbaikan yang dilakukan oleh Malaysia tentang layanan terhadap tenaga kerja dari RI. Ini termasuk tindakan ke atas para majikan dalam kasus penyiksaan terhadap pekerja Indonesia dengan memastikan mereka ditangani menurut undang-undang. SBY berkata, berdasarkan penilaiannya, langkah yang dilakukan oleh kedua-dua negara setiap tahun semakin positif. ”Perkembangannya cukup signifikan berbanding pengalaman kita pada masa lalu, ini satu pencapaian yang perlu kita menyatakan terima kasih atas semua itu. ”Apabila ada kasus, kita tangani bersama sehingga ia tidak menjadi isu baru yang mungkin disalah artikan oleh orang lain seolah-olah tidak ada tindakan cepat, tepat dan adil sehingga ia merugikan hubungan kita,” katanya.

SBY berkata demikian pada sidang bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mengadakan musyawarah delegasi . SBY dalam rangka lawatan ke luar negiri pertama sejak dilantik sebagai Presiden RI sejak 20 Oktober lalu. SBY mengakui sekali2 akan terdapat kasus tentang tenaga kerja Indonesia. Namun, katanya: ”Jika ada masalah tenaga kerja Indonesia, maka hukum dan keadilan ditegakkan, siapa pun yang bersalah tentu harus mendapatkan sanksi, dengan ketulusan yang tinggi tentu akan mengurangkan salah faham berkaitan perkara itu,” katanya. Dalam hal ini, SBY memahami sekiranya terdapat WNI melakukan kesalahan di Malaysia, mereka harus diadili berdasarkan undang-undang negara ini.

Begitu juga sebaliknya, jelas SBY, jika rakyat Malaysia yang melakukan kesalahan di Indonesia akan diadili berdasarkan undang-undang Indonesia. ”Pada satu sisi, pekerja Indonesia menjadi sebahagian daripada proses pembangunan ekonomi Malaysia manakala pada sisi lain, mereka perlu dipastikan mendapat layanan yang baik,” katanya. Sementara itu, Perdana Menteri menegaskan, Malaysia akan memberikan layanan adil dan saksama ke atas rakyat Indonesia yang bekerja di negara ini.

Kata Najib, kerajaan akan memastikan majikan yang melakukan kekasaran terhadap pekerja Indonesia seperti kasus penyiksaan pembantu rumah diambil tindakan. ”Banyak kasus yang telah kita selesaikan. ”Kita juga berharap tenaga kerja Indonesia juga tidak melakukan kesalahan, kalau ada, layanan yang sama juga diberikan, ini amat difahami oleh SBY.

Sehubungan itu Perdana Menteri berharap, warganegara Indonesia yang memasuki negara ini perlu memastikan status mereka sebagai pekerja asing yang sah. “Ini bagi memastikan hak mereka lebih terjamin karena kemasukan secara tidak sah memudahkan mereka dieksploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya

0 komentar:

Posting Komentar

Bitty Media

Bookmark and Share

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates